Sunday, July 28, 2013

Aktiviti Seni Tahun 2


KOLAJ RUMAH 

cara : renyukkan kertas warna pastu tmpal pada gmbar 




PASU BUNGA 
(Teknik gosokan)
ajak budak2 keluar kelas..konon2 aktiviti outdoor laa ni.. heheh





TEKNIK LIPATAN DAN GUNTINGAN 








P/S : Apabila mereka berimaginasi ~~~~

Friday, July 19, 2013

Aku dan sekolah

juz nk share nga korang la ek.. ni gmbr lam blik guru. tu meja aku. x der perhiasan ke atau apa2 pom sbb x der duit nk beli sume tu.. lam blik guru yang kecik ni tinggallah 12 orang guru termasuk aku. 6 lelaki dan 6 pmpuan.. rasa nye la.  heheheh .... mereeka ni kalu bergurau memang lucu yang teramat bah...




ni mcm panorama sek aku la.. sk kerukan.. kecik jer. ak x amek byk pom gmbr sbb takot org nampak la kan... hehehe. bilik darjah ada 6 jer. dari tahun 1 hingga 6. pastu ada blik pemulihan. ada stor sukan.


gmbr kat bawah ni tempat perhimpunan la..


yang kasut banyak2 tu sbb library kat sebelah. kalu jalan straight lgi.. ada blik komputer, blik guru and pejabat ....


pas tu kat belakang ada kantin n prasekolah....

p/s : sekolah ku yang cute

lemas dalam KSSR dan PBS

salam pendidik buat mereka yang memahami perjuangan seorang guru

bukan mudah dari seorang manusia yang belajar dan
 menghabiskan 5 tahun setengah dalam bidang prasekolah

bukan mudah untuk seorang seperti aku 
hidup sebagai guru arus perdana 
setelah terbiasa dengan persekitaran kanak-kanak dan mainan 

namun itu bukan alasan untuk aku tidak menerima tanggungjawab 
sebagai pendidik walau berbeza latar pendidikan 

aku mampu insyaallah.. 

p/s : Aku lah guru linus .. 
Akulah yang mengajar Bhasa Malaysia 
Akulah yang lemas dalam KSSR 
setelah hadam KSPK PRASEKOLAH 
Aku lah yang hanyut dalam mengejar PBS 
dan akulah yang buntu 
dalam memahami semua ini.. 

My Job ..My Duty

Khamis lepas .. buat pertama kalinya aku terlibat ngan mesyuarat sekolah .. pertama kali setelah bergelar pendidik. dan TADAAA... ada pertmbahn tugas. Selain duk mengajar lam blik darjah tu. ada jawatan sampingan yg lain. 


ni list jawatan tersebut : 
1. Guru linus tahun 2
2. Ajk kecemerlangan UPSR 
3. Setiausaha pembangunan fizikal 
4. S/u pusat sumber 
5. Timbalan S/U kurikulum 
6. guru kesihatan dan kebajikan 
7. penasihat persatuan BM 
8. penasihat pengakap
9. penasihat Bola jaring 

Thursday, July 11, 2013

Mendidik mereka di Kuala Penyu

Alhamdulillah.. sudah hampir seminggu aku menjadi warga pendidik di sebuah sekolah daerah kUALA PEnyu, Sabah. Sekolah yang aku dapat ialah SK KERUKAN. Sekolah ni merupakan sekolah kurang murid. gurunya pom x ramai. Tapi hubungan antara satu sama lain sangat mesra. Macam one big happy famili. Sekolah ni sekolah kayu ye. Kelas pom x banyak.. tapi ok la..
Mula2 datang..seyes sangat terkejut sbb dah terbiasa dengan sekolah besar, bangunan batu n tinggi kan. sangat berbeza dengan sK KERUKAN.. kat sekolah ni termasuk aku jadi 4 orang la guru semenanjung.

bagi seorang yang datang merantau, pada mulanya sangat segan dan tidak tahu berkomunikasi dengan guru2 di sini kerana kebanyakan mereka sangat 'pekat' berbahasa sabah. kebanyakan orang sini dri Bisayah and melayu Brunei. kene take tyme untuk belaja n phm bahasa mereka.

aku menyewa kat rumah di pekan kuala penyu. pjalanan dr umah ke sekolah lam 20 minit..asenye. depend bawak kete la. kalu laju ..leh sampai awal lagi kot. selain aku kat umah sewa tu ada dua orang kakak senior yang memang dah lama menghuni di situ. sorang akak nama kak syuhada (kelantan) and kak sarinah (sabah).  bukan aku jer orang baru, ada jugak guru baru mcm aku..nama dia Nad (kuala lumpur). kami dah jadi housemate... sangat happening and giler2 nga akak2 ni.. hehehe
and jiran sebelah umah aku nie pom ckgu gak.. salah seorangnya senior maktab. seyes sangat bahagia di sini.. alhamdulillah ..

AKU BUKAN GURU PRASEKOLAH

yeas memang itulah kenyataannya... apabila aku mesti mengajar bahasa malaysia dan pendidikan seni tahun 2 , pendidikan jasmani tahun 1 .bahasa inggeris prasekolah..

p/s : Setiap aturan Allah merupakan yang terbaik kan.. :)