Friday, July 19, 2013

My Job ..My Duty

Khamis lepas .. buat pertama kalinya aku terlibat ngan mesyuarat sekolah .. pertama kali setelah bergelar pendidik. dan TADAAA... ada pertmbahn tugas. Selain duk mengajar lam blik darjah tu. ada jawatan sampingan yg lain. 


ni list jawatan tersebut : 
1. Guru linus tahun 2
2. Ajk kecemerlangan UPSR 
3. Setiausaha pembangunan fizikal 
4. S/u pusat sumber 
5. Timbalan S/U kurikulum 
6. guru kesihatan dan kebajikan 
7. penasihat persatuan BM 
8. penasihat pengakap
9. penasihat Bola jaring 

Thursday, July 11, 2013

Mendidik mereka di Kuala Penyu

Alhamdulillah.. sudah hampir seminggu aku menjadi warga pendidik di sebuah sekolah daerah kUALA PEnyu, Sabah. Sekolah yang aku dapat ialah SK KERUKAN. Sekolah ni merupakan sekolah kurang murid. gurunya pom x ramai. Tapi hubungan antara satu sama lain sangat mesra. Macam one big happy famili. Sekolah ni sekolah kayu ye. Kelas pom x banyak.. tapi ok la..
Mula2 datang..seyes sangat terkejut sbb dah terbiasa dengan sekolah besar, bangunan batu n tinggi kan. sangat berbeza dengan sK KERUKAN.. kat sekolah ni termasuk aku jadi 4 orang la guru semenanjung.

bagi seorang yang datang merantau, pada mulanya sangat segan dan tidak tahu berkomunikasi dengan guru2 di sini kerana kebanyakan mereka sangat 'pekat' berbahasa sabah. kebanyakan orang sini dri Bisayah and melayu Brunei. kene take tyme untuk belaja n phm bahasa mereka.

aku menyewa kat rumah di pekan kuala penyu. pjalanan dr umah ke sekolah lam 20 minit..asenye. depend bawak kete la. kalu laju ..leh sampai awal lagi kot. selain aku kat umah sewa tu ada dua orang kakak senior yang memang dah lama menghuni di situ. sorang akak nama kak syuhada (kelantan) and kak sarinah (sabah).  bukan aku jer orang baru, ada jugak guru baru mcm aku..nama dia Nad (kuala lumpur). kami dah jadi housemate... sangat happening and giler2 nga akak2 ni.. hehehe
and jiran sebelah umah aku nie pom ckgu gak.. salah seorangnya senior maktab. seyes sangat bahagia di sini.. alhamdulillah ..

AKU BUKAN GURU PRASEKOLAH

yeas memang itulah kenyataannya... apabila aku mesti mengajar bahasa malaysia dan pendidikan seni tahun 2 , pendidikan jasmani tahun 1 .bahasa inggeris prasekolah..

p/s : Setiap aturan Allah merupakan yang terbaik kan.. :)

Wednesday, June 26, 2013

Bakal Guru Di Sabah ..


masa yang berlalu 
dan aku sudah tahu
untuk itu
perlu aku buat sesuatu 
ini perjuanganku 
mendidik mereka di situ
walau jauh beribu batu 
harus terbang merentasi waktu 
aku bersyukur 
ini saham akhirat ku 
aku lah pendidik itu  

p/s : Sabah, Here I come .. pray for me.. :)

Wednesday, June 12, 2013

My Graduation ~ My Sweet Moment

Tanggal 29 Mei .. selamat sudah majlis konvokesyen IPGm... sume IPG seluruh Malaysia datang sini. kira buat sekali gus la. Konvo ni kat PIcc, Putrajaya. Hem sangat terharu sebenarnya bila jari2 ni dah mula genggam segulung ijazah. sebab perah otak 5 tahun setengah semata2 nk Ijazah. and TADAAA.. dah dapat iajzah sarjana muda dengan kepujian pendidikan prasekolah... hehehe .. N sangat2 suka apabila kawan2 ada.. famli datang.. memeriahkan majlis nie.. enjoy my picture ek.. hehehe




ni pUlak gmbr2 nga kawan2... hehe


sebenarnya banyak lagi hah gmbar2 p malas nk upload nati slow plak broband I .. hehe 

p/s : Alhamdulillah... tunggu posting jew... 

Tuesday, October 9, 2012

The Villager of Preschool


Ni saya namakan penduduk kampung Prasekolah Rajin.. 

aktiviti bersama murid-murid prasekolah 
1. bagi setiap seorang murid gambar ikut jantina masing-masing. 
2. suruh diorang warna ikut kreativiti sendiri la. 
3. lepas siap, tulis nama n bagi kat cikgu

keje cikgu : liminate and pasangkan lidi kat belakang tu.. 

MODIFIKASI TINGKAH LAKU
1. bila dah siap liminate, kumpul murid n panggil sorang-sorang cucuk kan gambar kat atas span yang dah dibalut dengan kertas. 
2. cakap kat dierang yang siapa2 wat tingkah laku negatif, gambarnya itu akan dicabut dari span tersebut. dah x leyh jdi penduduk kampung itu lagi.. heheh

p/ s: This is my project with Cikgu Amira (My Best Friend)

Monday, October 1, 2012

Art and Painting

seni itu macam2.. bergantung kepada pemikiran masing-masing 
for me, selagi ia menarik dan cantik untuk dilihat..
itu lah seni yang berjaya... 
tapi mybe, saya antara insan2 yang tidak berseni.. tetapi cuba untuk berseni... sebab dalam seni tiada peraturan..

my art and painting is become from the bottom of heart





p/s : art is freeee... no rules...

Bird on the wall

My simple drawing on the wall... 
tidak perlu sehebat pelukis terkenal..
cukup sekadar tahu dan bagaimana untuk mengespresikan...
and tAdaaaaaaaaa... bird on the wall siap ... 


first and foremost ....

 cikgu Amirah in da house....

oh My Blue Bird


nice and simple...

p/s : Being a creative..is not easy.. but not impossible